Kata Orang Arif;

"Apabila engkau mendapat Wang, belikan Emas ; jualkan emas itu, belikan Intan; jualkan intan , belikan Manikam; jualkan manikam, belikan ILMU"

Tuesday, 9 March 2010

Kelebihan Penyiaran Digital

Apa yang pasti Penyiaran Digital Terrestrial (DIGITAL TERRESTRIAL TELEVISION BROADCASTING) memberikan banyak kelebihan untuk dimanfaatkan. Antaranya ialah:

i.Pilihan Pelbagai Saluran

Jika sistem analog, satu saluran hanya dapat membawa satu rangkaian, sistem DTB pula, satu saluran boleh membawa banyak rangkaian.

ii. Interaktif
Merupakan satu kelebihan yang ditawarkan oleh DTTB. Membolehkan rancangan-rancangan yang bersesuaian dibangunkan kandungan interaktif. Namun demikian, pelaksanaan pembangunan kandungan interaktif perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa dan kesukaan penonton

iii. Siaran Data
Perkhidmatan-perkhidmatan lain pada masa hadapan boleh diwujudkan yang berbentuk data casting seperti hebakan khidmat awam, berita, ramalan cuaca, urusniaga saham di BSKL, urusniaga komoditi, maklumat trafik, maklumat lapangan terbang, maklumat pelabuhan dan lain-lain lagi Platform penyiaran digital ini membolehkan penonton memilih data dan mendapatkan maklumat tertentu sesuai dengan minat dan keperluan mereka.

iv. Kualiti Audio / Video
Membolehkan penerimaan gambar lebih terang dan tajam. Bunyi lebih jelas sebagaimana kualiti cakera padat.